Selamat Datang

Blog ini bukan sahaja berkongsi adat perkahwinan malah diperluaskan skop untuk saya berkongsi semua maklumat termasuklah bahan-bahan inovasi dan bahan bantu mengajar.

Thursday, 9 December 2021

Garbage Picker (Showcase)


SHOWCASE SJKT LADANG CHEROH

KMR (Kefahaman Melalui Reka Bentuk) merupakan program di bawah Transformasi TS25. Program ini telah dilaksanakan pada 8 Disember 2021 oleh murid-murid Tahun 6Thuimai di Dewan SJKT Ladang Cheroh. Pelaksanaan program ini membolehkan murid-murid mengaplikasikan perkara yang dipelajari untuk menghasilkan produk (Garbage Picker) bagi kegunaan komuniti.


 Berikut merupakan video penerangan mengenai pelaksanaan Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) SJKT Ladang Cheroh oleh Murid-murid Tahun 6Thuimai.




       https://drive.google.com/file/d/1G1-4y2qs0hue8oMJahYPmAlERzrGYdfZ/view?usp=sharing
























Wednesday, 3 April 2019

Manual Penggunaan Perisian Aplikasi Peribahasa Melayu

Manual Penggunaan Perisian Aplikasi Peribahasa Melayu

-Khususnya Murid Masalah Pembelajaran (Lembam) yang meminati Pembelajaran berasaskan didik hibur.



  1. Guru  perlu muat turun aplikasi ini menggunakan komputer riba.
  2. Guru membimbing murid mempelajari peribahasa fokus anggota badan. Guru boleh menekan perkataan Peribahasa (Anggota Badan) kerana mempunyai hyperlink untuk pautan seterusnya.
  3. Kemudian, guru boleh membimbing murid memilih salah satu anggota badan untuk mempelajari peribahasa.
  4. Contoh di bawah yang menunjukkan peribahasa berkaitan anggota badan iaitu kaki.
5. Setelah mempelajari peribahasa, guru boleh menguji kefahaman murid dengan menggunakan kuiz.


6. Guru boleh memilih salah satu kuiz yang disediakan. Namun kuiz yang menjurus kepada peribahasa anggota badan ialah Kahoot. Guru boleh mengakses kuiz ini dengan mengesan barkod. Link url juga turut disediakan untuk memudahkan akses.


7. Guru juga boleh membimbing murid mengakses maklumat tambahan ini untuk pembelajaran peribahasa yang lebih umum.

8. Khidmat Tutor secara percuma turut diadakan. Sekiranya semasa proses pdp, masalah kekeliruan dalam penggunaan aplikasi, masalah berkenaan peribahasa dan sebarang masalah lain boleh menghubungi atau menghantar pesanan pada media sosial di atas.

Muat turun perisian menggunakan link di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1QWORxCX5AGm8oTWaVa2zdFCWHhGXJXuT/view?usp=drivesdk



Selamat Mencuba!

Sunday, 31 March 2019

Kamus Peribahasa Dialek Orang Asli Temiang


Selamat Datang Ke DOAT



Kamus Digital Peribahasa Dialek Orang Asli Temiang




Berikut merupakan pautan bagi kamus peribahasa etnik Temiang. Selamat muat turun dan dapatkan ganjaran anda.




https://drive.google.com/file/d/1qiD-pvTbLbFkXSsfo6UMrYC5pk46q9kO/view?usp=drivesdk

Sunday, 30 August 2015

REHATKAN MINDA SAMBIL MEMPELAJARI ADAT PERKAHWINAN














MARI BERSAMA-SAMA REHATKAN MINDA ...

Silang Kata ...


MENEGAK

1) Nyatakan adat yang telah dilupakan kerana dikatakan sebagai menilik nasib.

3) Mengapakah adat merisik sudah jarang diamalkan?

5)Nyatakan nama lain bagi tempat memasak.

7) Apakah konsep perkahwinan yang pemuda dan pemudi lebih menyukai ?




MELINTANG


2) Apakah adat yang masih diamalkan dan dikatakan sebagai pakat atau masak secara
     beramai-ramai?

4) Mengapakah amalan adat menepung tawar sudah tidak diamalkan oleh masyarakat?

6) Apakah faktor pemuda dan pemudi membuat konsep perkahwinan yang ringkas?

8) Berapa lamakah malam berinai diadakan?







SEBAB ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAHULU SUDAH DILUPAKAN

Mengikut kajian yang telah dilakukan terhadap 30 orang responden melalui borang soal selidik di Kampung Bukit, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan adat perkahwinan masyarakat Melayu dahulu sudah dilupakan.



Faktor utama adat perkahwinan masyarakat Melayu dahulu dilupakan ialah faktor halangan daripada agama seperti adat merasi atau dikenali sebagai menilik nasib. Adat ini telah dilupakan kerana bertentangan dengan agama Islam. Pada zaman dahulu adat menilik nasib ini sangat terkenal untuk mengetahui sama ada pasangan tersebut serasi bersama atau tidak.


Terdapat banyak kaedah merasi, ada yang mudah dan ada yang sukar serta perlu disokong dengan petua tertentu. Antara cara mudah ialah menurunkan nama kedua-dua bakal pengantin dengan tulisan jawi dan arab berserta barisnya sekali dimana setiap baris mempunyai nilai-nilai tertentu :-

            Baris atas     (.../.....)bernilai lima
            Baris bawah    (........)bernilai tiga
                               /
            Baris hadapan (  ,  )bernilai tujuh.





Faktor yang kedua ialah kekangan kewanganDalam hal ini, salah satu sebab adat perkahwinan melayu pada zaman dahulu semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat melayu di Kampung Bukit adalah kerana kekangan kewangan dalam kalangan pemuda dan pemudi menyebabkan mereka melakukan adat yang penting sahaja. Sebagai contohnya ialah adat bertunang, melamar  dan akad nikah.





Foto 2 : Merisik atau melamar zaman sekarang


                     Foto 3 : Merisik zaman dahulu


Faktor yang ketiga ialah faktor teruna dan dara yang berkawan terlebih dahulu menyebabkan adat perkahwinan merisik sudah jarang dilakukan. Oleh hal yang demikian, apabila mereka berkawan terlebih dahulu sebelum berkahwin, mereka akan mengetahui dan mengenali pasangan mereka dengan lebih rapat. Oleh itu, adat seperti meninjau atau merisik sudah tidak diperlukan pada masa ini kerana teruna dan dara sudah mengenali pasangan mereka.

  

                   Foto 4 : Perancang perkahwinan

Faktor yang keempat ialah faktor kekangan masa. Oleh itu, kebanyakkan pemuda dan pemudi akan menyerahkan perkahwinan mereka kepada perancang perkahwinan atau dikenali sebagai ‘wedding planner’. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai masa untuk merancang perkahwinan mereka.



Foto 5 : Konsep perkahwinan ringkas


Faktor kelima ialah pemuda dan pemudi zaman sekarang lebih menyukai konsep perkahwinan yang ringkasHal ini demikian kerana, konsep perkahwinan yang ringkas tidak memerlukan persiapan perkahwinan yang lama seperti yang ditunjukkan pada foto 5.



Selain itu, faktor- faktor sampingan adat masyarakat Melayu telah dilupakan ialah masyarakat terpengaruh dengan budaya luar, memandang tinggi terhadap budaya barat dan menganggap bahawa budaya dahulu kuno serta ketinggalan zaman.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

KONSEP PERKAHWINAN 






Setiap suku bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing-masing. Adat Resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), adat resam bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun-temurun (sejak dahulu kala) dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Perkahwinan merupakan satu peristiwa yang penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin malah  kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai dalam kehidupan seseorang insan.


   Menurut buku panduan perkahwinan dalam Islam, Perkahwinan menurut Islam ialah dari segi bahasa berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan  nikah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik, meminang, menghantar belanja, berasah gigi, berinai, bersanding, merasi, menepung tawar dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa adat yang telah dilupakan seperti adat merasi, menepung tawar, merewang dan lain-lain lagi.