Selamat Datang

Blog ini bukan sahaja berkongsi adat perkahwinan malah diperluaskan skop untuk saya berkongsi semua maklumat termasuklah bahan-bahan inovasi dan bahan bantu mengajar.

Sunday, 30 August 2015

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU

KONSEP PERKAHWINAN 






Setiap suku bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing-masing. Adat Resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), adat resam bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun-temurun (sejak dahulu kala) dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Perkahwinan merupakan satu peristiwa yang penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin malah  kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai dalam kehidupan seseorang insan.


   Menurut buku panduan perkahwinan dalam Islam, Perkahwinan menurut Islam ialah dari segi bahasa berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan  nikah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik, meminang, menghantar belanja, berasah gigi, berinai, bersanding, merasi, menepung tawar dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa adat yang telah dilupakan seperti adat merasi, menepung tawar, merewang dan lain-lain lagi.


         


No comments:

Post a Comment