Faktor utama adat perkahwinan masyarakat Melayu dahulu dilupakan ialah faktor halangan daripada agama seperti adat merasi atau dikenali sebagai menilik nasib. Adat ini telah dilupakan kerana bertentangan dengan agama Islam. Pada zaman dahulu adat menilik nasib ini sangat terkenal untuk mengetahui sama ada pasangan tersebut serasi bersama atau tidak.
Terdapat banyak kaedah
merasi, ada yang mudah dan ada yang sukar serta perlu disokong dengan petua
tertentu. Antara cara mudah ialah menurunkan nama kedua-dua bakal pengantin
dengan tulisan jawi dan arab berserta barisnya sekali dimana setiap baris
mempunyai nilai-nilai tertentu :-
Baris atas (.../.....)bernilai
lima
Baris bawah (........)bernilai
tiga
/
Baris hadapan ( , )bernilai tujuh.
Faktor yang kedua ialah kekangan kewangan. Dalam hal ini, salah satu
sebab adat perkahwinan melayu pada zaman dahulu semakin dilupakan dalam
kalangan masyarakat melayu di Kampung Bukit adalah kerana kekangan kewangan
dalam kalangan pemuda dan pemudi menyebabkan mereka melakukan adat yang penting
sahaja. Sebagai contohnya ialah adat bertunang, melamar dan akad nikah.
Foto 2 : Merisik atau melamar zaman sekarang
Foto 3 : Merisik zaman dahulu
Faktor yang ketiga ialah faktor teruna dan dara yang berkawan terlebih dahulu menyebabkan adat perkahwinan merisik sudah jarang dilakukan. Oleh hal yang demikian,
apabila mereka berkawan terlebih dahulu sebelum berkahwin, mereka akan
mengetahui dan mengenali pasangan mereka dengan lebih rapat. Oleh itu, adat
seperti meninjau atau merisik sudah tidak diperlukan pada masa ini kerana
teruna dan dara sudah mengenali pasangan mereka.
Foto 4 : Perancang perkahwinan
Faktor yang keempat ialah faktor kekangan masa. Oleh itu, kebanyakkan pemuda dan pemudi akan menyerahkan perkahwinan mereka kepada perancang perkahwinan atau dikenali
sebagai ‘wedding planner’. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai masa untuk merancang perkahwinan mereka.
Foto 5 : Konsep perkahwinan ringkas
Faktor kelima ialah pemuda dan pemudi zaman sekarang lebih menyukai konsep perkahwinan yang ringkas. Hal ini demikian kerana, konsep perkahwinan yang ringkas tidak memerlukan persiapan perkahwinan yang lama seperti yang ditunjukkan pada foto 5.
Selain itu, faktor- faktor sampingan adat masyarakat Melayu telah dilupakan ialah masyarakat terpengaruh dengan budaya luar, memandang tinggi terhadap budaya barat dan menganggap bahawa budaya dahulu kuno serta ketinggalan zaman.
Coin Casino Review 2021 | No Deposit Bonus For $20
ReplyDeleteThe coin casino games are fun, easy to play and have a good amount of fun and excitement. 메리트 카지노 주소 You can play 인카지노 on an 8×8 제왕카지노 grid with your